Skip to content

TBS terima RM387,439 zakat perniagaan

KUCHING: Zakat perniagaan berjumlah RM387,439 diserahkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak dalam Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada Rabu.

Syarikat Petronesa Sdn Bhd tampil sebagai penyumbang utama dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM363,426.

Sementara itu, Sanjung Etika Sdn Bhd turut menyumbang RM12,000 dan Pometia Sdn Bhd menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM12,013.

Lafaz penyerahan zakat disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, sementara penerimaan zakat disahkan oleh Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd Sibli Abang Mohd Nailie.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak turut sama menyaksikan penyerahan zakat tersebut.

Penyerahan zakat perniagaan ini membuktikan komitmen syarikat-syarikat korporat dalam menyokong pembangunan sosioekonomi umat Islam, seiring dengan peranan Tabung Baitulmal Sarawak dalam menguruskan dana kebajikan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

 

SOURCES: https://suarasarawak.my/tbs-terima-rm387439-zakat-perniagaan/

Facebook
Telegram
WhatsApp
X
Email